Selasa, 4 Mac 2014

Ceramah: Bahaya Merokok


Assalamualaikum Wr. Wb

Yang saya hormati rakan-rakan yang saya sayangi.

Pertama marilah kita panjatkan puji syukur ke hadirat Allah swt kerana dengan segala nikmatnya kita dapat berkumpul di sini dalam keadaan sihat walafiat.

Rakan-rakan yang saya hormati,

Setiap orang pasti menginginkan hidup sihat. Bahkan seorang perokok berat pun bila ditanya juga memilih hidup sihat. Kali ini saya akan menyampaikan bahaya merokok bagi kesihatan. Perlu kita ketahui, sebenarnya rasa tidak enak ataupun rasa stress yang dirasakan seorang perokok adalah kesan dari adiksi atau kecanduan. Hanya 8 detik setelah hisapan pertama para perokok akan segera mendapatkan rasa rileks, yang sebenarnya merupakan pemenuhan tuntutan nikotin pada saraf-saraf otaknya. Ketika syaraf-syaraf tersebut menagih nikotin yang selalu dibekalkan melalui kebiasaan merokok, dia akan merasaa tertekan dan tidak dapat memusatkan fikirannya.

Adanya zat aktif pada rokok akan membuat perokok menginginkan rokok untuk kedua kalinya. Zat aktif inilah yang dapat menyebabkan penyakit kanser, serangan jantung, impotensi, serta gangguan kehamilan dan janin.

Selain menyebabkan berbagai penyakit, merokok dapat menjadikan seorang miskin. Wang yang seharusnya digunakan untuk hal–hal yang bermanfaat malah dibazirkan begitu saja. Itu merupakan contoh pembaziran. Sebagai seorang muslim, kita harus menghindari rokok, kerana rokok dapat merugikan kita di dunia dan akhirat. Sebaiknya, wang yang kita miliki digunakan untuk hal-hal yang bermanfaat, misalnya membeli buku, bersedekah, dan sebagainya.

Rakan-rakan yang saya hormati,
Demikianlah ceramah yang boleh saya sampaikan dengan harapan segala kebaikan kita senantiasa dirahmati Allah swt. Dan mudah-mudahan kita selalu dituntun olehNya melakukan perbuatan terpuji dan berakhlak mulia. Amin.

Kurang lebihnya saya mohon maaf.

Wassalamu’alaikum Wr. Wb

*harap korang suka*

3 ulasan:

Cara-Cara Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

          Gaya hidup yang sihat membawa maksud tahap kecergasan setiap individu bagi melakukan sesuatu aktiviti. Tidak dapat dinafikan bahaw...