- Pesticides can cause pollution and kill other organisms. Steps must be taken to manage development and at the same time to maintain the balance in nature.
- The unit Kelvin is named after a Scottish physicist, William Thomson, the first lord Kelvin (1824-1907)
- Cubit is the distance from the elbow to the end of the middle finger.
- The largest cell produced by a living thing is the ostrich egg.
- The human body consists of about 50 000 million cells.
- The vacoules in the plant cells bigger than the vacoules in the animal cells because the plant cells contain cell sap that take in water to keep the cell firm.
- Millions of bacteria live hamlessly in the gut or skin of humans and other animals.
- Cigarette smoke contains more than 4 000 chemicals.
- The main pollutants in cigarette are nicotine, tar and carbon monoxide.
- A typical wind generator is capable of generating up to 60 kW of electrical power.
- Dogs can hear sound from a Galton whistle, which cannot be heard by human beings.
- Pitcher plants are adapted to grow in soils that are poor in nitrogen compounds. They trap insects and digest them to obtain the nitrogen-containing substances.
"Education is the most powerful weapon which you can use to change the world. -Nelson Mandela-"
Khamis, 27 Mac 2014
Quick Facts
Rabu, 5 Mac 2014
Fatimah al-Zahra
Saidatina Fatimah al-Zahrah (RA) (disebut Fatimah az-Zahra) ialah puteri bongsu yang mulia Rasulullah SAW, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim.
Siti Fatimah al-Zahra dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadil Akhir iaitu tahun kelima sebelum Nabi SAW menjadi Rasul. Ketika itu kaum Quraisy sedang memperbaiki dan membangun kembali Kaabah disebabkan banyak kerosakan pada bangunan tersebut.
Siti Fatimah puteri kesayangan Nabi Muhammad mendapat gelaran al-Sidiqah (wanita terpercaya), al-Thahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang diBerkati Allah) dan gelaran yang paling sering disebutkan, Fatimah al-Zahrah (bunga yang mekar semerbak).
Beliau juga digelari al-Batul, iaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlaq, adab, hasab dan nasab.
Fatimah lebih muda daripada Zainab, isteri Abil Ash bin Rabi' dan Ruqayyah, isteri Uthman bin Affan. Juga, beliau lebih muda daripada Ummu Kalsum.
Siti Fatimah al-Zahrah menyaksikan sendiri betapa halangan dan rintangan yang telah dihadapi ayahandanya dalam memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi sedang sujud, menyembah Allah SWT; dengan tangisan kesedihannya Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi daripada kotoran yang ditaburkan oleh kaum Quraisy.
Rasulullah pernah berkata, "Fatimah sebahagian daripada ku, dan barang siapa yang menimbulkan kemarahannya juga menimbulkan kemarahanku."
Rasulullah pernah bercerita tentang kearifan yang dicapai oleh Fatimah kepada Salman Al-Farisi. Baginda bersabda, "Wahai Salman, ketahuilah bahawa Allah SWT telah memenuhi kalbu dan seluruh jiwa raga puteriku dengan keimanan." Al-Hassan menuturkan: "Ibuku adalah dia yang memenuhi malamnya dengan doa dan munajat hanya kerana umat Muhammad."
Sebagai pendamping hidup Imam Ali RA, Fatimah juga tampil sebagai isteri yang ideal dan suri rumah yang penuh bertanggungjawab. Bahkan beliau turut menggerakkan beberapa protes sosial terhadap status quo yang merampas kekhalifahan Saidina Ali dan pencerobohan ke atas tanahnya.
Demikian besar peribadi Fatimah sehingga insan sehebat Saidina Ali berasa tenang dan damai di sisinya. "Demi Tuhan, hingga akhir hayatnya, tidak pernah aku merasa kecil hati dengan perilakunya atau memaksanya. Begitu juga tidak pernah dia merasa marah terhadapku atau tidak mentaatiku. Saat aku melihat Fatimah," kata Imam Ali, "hilanglah duka dari seluruh jiwaku."
Selasa, 4 Mac 2014
Hujan: Rahmat atau Laknat
Allah Maha Pemurah, kepemurahannya itu telah dibuktikan dengan memberikan bumi sebagai tempat tinggal yang ramah dan murah, semua telah disiapkan semua disediakan telah siap pakai, tinggal manusia yang mau mengolah atau tidaknya. Sebagai khalifah tugas utamanya ada dua,
1. memakmurkan bumi
2. Merawat alam semesta
Memakmurkan bumi menjadi tugas kolektif, kerana bumi ini ditempati secara bersama-sama, keterlibatan sangat diharapkan berjalan secara sinergis, bagi ahli ilmu alam memberikan pengertian kepada yang awam tentang ilmu alam, sedangkan yang awam sedar dan mahu mentaati terhadap kepada ahlinya. Pemerintah dengan segenap kebijakannya juga harus memperhatikan kemakmuran terhadap bumi beserta isinya agar bumi ini menjadi lestari dan mampu menjadi tempat yang ramah hingga anak cucuk kita
Merawat alam adalah tugas kedua yang berkaitan dengan alam, tugas ini dengan berbagai bentuknya diharapkan dapat menjadikan alam tetap terjaga dan aman dari tangan jahat yang tidak bertanggungjawab. Saling mengingatkan dan menasihati akan pentingnya menyelamatkan bumi dengan cara menjaga pepohon, membuat resapan dan membuat segala bentuk kegiatan yang mengarah kepada pemanfaatan alam yang ramah dan tidak merosak ekosistem yang sudah mapan seperti yang diciptakan oleh Allah swt.
kita semua tentu sedar, bahawa alam raya dengan segala pesona yang melekat di dalamnya adalah tanda kekuasaan Allah bagi orang orang yang mau memikirkannya, termasuk diciptakannya angin dan hujan. Seluruh makhluknya adalah ciptaannya, termasuk angin adalah ciptaannya, arah bertiupnya sesuai dengan perintah Allah, pergerakan angin membawa berita gembira atas rahmat yang dibawanya, dengan angin yang bertiup udara menjadi segar, virus hilang dan berganti dengan rahmat dan segala nikmat. Angin juga bisa menggiring gumpalan awan untuk bergerak ke suatu tempat kemudian mendatangkan hujan, airnya menumbuhkan berbagai macam pohon dan sayuran untuk kepentingan makhluk di bumi ini dalam Surat Ar-Ruum: 46
وَمِنْ ءَايَاتِهِ أَنْ يُرْسِلَ الرِّيَاحَ مُبَشِّرَاتٍ وَلِيُذِيقَكُمْ مِنْ رَحْمَتِهِ وَلِتَجْرِيَ الْفُلْكُ بِأَمْرِهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Dan di antara tanda-tanda kekuasan-Nya adalah bahwa Dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira dan untuk merasakan kepadamu sebagian dari rahmat-Nya dan supaya kapal dapat berlayar dengan perintah-Nya dan (juga) supaya kamu dapat mencari karunia-Nya. Mudah-mudahan kamu bersyukur”
dalam ayat yang lain
Penggalan Surat al Baqarah ayat 164
وَمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ مَاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ
الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
“..dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) -nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (QS. al Baqarah: 164).
Namun tidak semua angin atau hujan menjadi rahmat, terkadang juga menjadi adzab yang menjadi sebab kematian dan kehancuran manusia, tidak setabilnya kehidupan dibumi ini, seperti kisahnya kaum 'Aad (kaumnya Nabi Hud)
وَفِي عَادٍ إِذْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الرِّيحَ الْعَقِيمَ. مَا تَذَرُ مِنْ شَيْءٍ أَتَتْ عَلَيْهِ إِلَّا جَعَلَتْهُ كَالرَّمِيمِ
“Dan juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan. Angin itu tidak membiarkan satu pun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti serbuk” (QS adz Dzariyat:41-42)
Begitu juga hujan, hujan terkadang menjadi azab bagi penghuni bumi, seperti banjir bandang yang dikirmkan untuk menghancurkan umatnya Nabi nuh as yang durhaka. Jadi, ada banyak ragam tafsir seiring dengan datangnya bencana yang melanda bumi ini. Boleh jadi banjir bagi sebahagian orang manfaat, seperti tukang service mengalami peningkatan pelanggan, mesin air makin dibur, dan segala keperluan lainnya. Di satu sisi madharat tapi di sisi yang lain manfaat bagi orang lain.tidak salah lagi apa yang dikatakan oleh Jalaluddin Ar-Rumi
Ular bagi ular adalah kehidupan
Namun ular ini bagi manusia adalah kematian
Kerana itu tiada keburukan mutlak di alam semesta
Ketahuilah keburukan nisbilah yang ada di alam semesta
Banjir bermanfaat untuk sebahagian kecil orang tetapi bagi sebahagian besar bagi mereka adalah bencana, begitu juga fenomena alam lainnya. jadi semua masih menjadi tanda tanya besar apakah banjir yang ada saat ini menjadi rahmat atau laknat bagi penduduk bumi itu sendiri.
Masalah Remaja
Penagihan Dadah
Dadah boleh digunakan sebagai ubat ataupun sebagai senjata. Biarpun dadah mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perubatan yang membawa kebaikan kepada kita tetapi ia juga membawa keburukan kepada kita apabila ia disalahgunakan. Mengikut kajian yang dijalankan, remaja yang terlibat dalam penagihan mencatat peningkatan yang mendadak.
Sebab-sebab
- Tidak mendapat kasih sayang daripada keluargaRemaja-remaja yang tidak mendapat prihatin daripada keluarga mereka sentiasa diabai. Untuk mengatasi rasa kesedihan yang dihadapi, mereka mengambil dadah yang membolehkan mereka bakal dan menjadi penagih dadah selepas memakainya.
- Pengaruh kawanSesetengah daripada mereka menagih dadh kerana mereka dipengaruhi oleh ajakan kawan mereka untuk mengambil dadah. Jika mereka menolak ajakan kawan mereka untuk menagih dadah maka mereka akan kehilangan kawan baik. Akhirnya,mereka terjebak ke dalam kancah dadah yang menghancurkan masa depan seseorang.
- Rasa ingin mencubaRemaja pada peringkat ini adalah penuh dengan rasa ingin tahu dan mencuba. Apabila mereka mendapat dadah, mereka ingin tahu apakah kesan selepas menggunakannya. Tetapi, mereka tidak menyedari bahawa mereka telah terjatuh ke dalam perangkap pengedar dadah yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri sahaja.
- Kesenangan untuk mendapat dadahDalam hal berkaitan dengan kesenangan dalam mendapat bekalan dadah, pihak penguatkuasa undang-undang perlu mengambil tanggungajawab terhadap perkara perkara ini. Disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang lemah, remaja mudah mendapat dadah di pasaran dengan mudah secara haram.
Kesan-kesan
- Masalah kesihatanRemaja yang menagih dadah selepas suatu janka masa yang panjang akan menghadapi masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi,penyakit mental, kanser dan sebagainya. Hal ini disebabkan dadah mengandungi kandungan ubat yang beracun. Mengikut kajian yang dijalankan, sesetengah pil ecstacy yang dijual mengandungi ubat tikus yang beracun serta serpihan kaca. Serpihan kaca yang dibubuh ke dalam dadah adalah untuk mempercepatkan kesan ubat tersebut ke atas penagih.
- Peningkatan kes jenayahDemi mendapat wang bagi melegakan rasa gian penagih dadah, mereka terpaksa mencuri, merompak ataupun melakukan apa-apa jenayah yang membolehkan mereka untuk mendapat wang. Oleh itu, kita sering mendapat berita tentang kes pecah rumah, meragut, merompak dalam surat khabar.
- Pembangunan dan keamanan negara tergugatApabila penagih dadah dalam negara kita meningkat, pembangunan negara tergugat kerana keasyikan mereka untuk mengkhayalkan diri menyebabkan mereka hilang minat dalam pelajaran dan keiginan untuk bekerja. Remaja yang tidak belajar dan bekerja akan mengurangkan pengeluaran negara biarpun dari segi kewangan ataupun tenaga kerja.
Langkah-langkah
- Mengetatkan undang-undangKerajaan memainkan peranan yang penting dalam menghapuskan gejala ini terutamanya di kalangan remaja. Undang-undang yang berkaitan dengan dadah harus diperketatkan lagi agar pengedar dan penagih dadah akan bertaubat. Dengan adanya undang-undang yang baik tetapi pelaksanaan yang lemah tidak akan membantu kita dalam menghapuskan ini.Oleh itu, pihak polis harus sentiasa mengadakan pemeriksaan yang ketat di kastam-kastam untuk menghalang pengedar dadah yang berniat menyeludup dadah ke dalam negara kita.
- Kempen dan ceramah diadakanKempen tentang bahaya dadah boleh dilancarkan oleh mana-mana pihak untuk menyedarkan remaja kita tentang kebahayaan dadah. Polis juga patut dijemput untuk memberi ceramah tentang jenayah yang berkaitan tentang. Pada masa yang sama,polis boleh memberi amaran keras terhadap sesiapa yang berniat untuk mengedar ataupun menagih dadah.
- Kasih sayang IbubapaIbubapa harus sentiasa memberi perhatian kepada apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka supaya mereka tidak bergaul dengan kawan yang tidak baik dan seterusnya terjebak ke dalam amalan penagihan dadah.
- Pegangan agama yang kuatRemaja yang beriman dan mempunyai pegangan agama yang kuat tidak udah terpengaruh dan dihasut untuk mencuba dadah. Hal ini disebabkan, mereka adalah kuat dan teguh dari segi mental serta mereka tidak akan membuat apa-apa perkara yang berada di sisi undang-undang.
Ceramah: Ibu
Assalamualaikum warahmatulahi WB,
Rakan-rakanku yang tersayang,
"Ibu" dalam bahasa Al Quran dinamakan dengan Umm. Dari akar kata yang sama dibentuk kata imam (pemimpin) dan ummat. Kesemuanya bermuara pada makna "yang dituju" atau "yang diteladani" dalam erti pandangan harus tertuju pada umat, pemimpin, dan ibu untuk diteladani. Umm atau "Ibu" melalui perhatiannya kepada anak serta keteladanannya, serta perhatiannya kepadanya, dapat mewujudkan pemimpin-pemimpin dan bahkan dapat membina umat. Sebaliknya, jika yang melahirkan seorang anak tidak berfungsi sebagai Umm, maka umat akan hancur dan pemimpin (imam) yang wajar untuk diteladani pun tidak akan lahir.
Agaknya, ketika Al-Quran meletakkan kewajiban berbuat baik kepada ibu bapa-khususnya kepada ibu-pada urutan kedua setelah kewajiban taat kepada Allah, bukan hanya disebabkan ibu memikul beban yang berat dalam mengandung, melahirkan dan menyusui anak. Tetapi juga kerana ibu dibebani tugas mewujudkan pemimpin-pemimpin umat.
Fungsi dan peranan inilah yang menjadikan sebagai Umm atau ibu. Dan demi suksesnya fungsi tersebut, Tuhan menganugerahkan kepada kaum ibu struktur biologi dan cirri psikologi yang berbeza dengan kaum bapa. Peranan ibu sebagai pendidik generasi bukanlah sesuatu yang mudah. Peranan itu tidak boleh diremehkan atau diketepikan.
Walaupun kita tidak sepenuhnya sependapat dengan ulama besar kenamaan, Ibnu Hazm (384-456 H), tidak ada salahnya untuk mengutip pendapatnya: "Baik dan terpuji apabila seorang ibu atau isteri melayani suaminya, membersihkan dan mengatur rumah tempat tinggalnya, tetapi itu bukan merupakan kewajipan .Makanan dan pakaian yang telah siap d
itu untuknya justeru kewajiban bapa untuk menyediakannya.
Semoga ceramah ini boleh bermanfaat kepada semua pembaca,
wassalamualaikum wwb,
;)
Ceramah: Bahaya Merokok
Assalamualaikum Wr. Wb
Yang saya hormati rakan-rakan yang saya sayangi.
Pertama marilah kita panjatkan puji syukur ke hadirat Allah swt kerana dengan segala nikmatnya kita dapat berkumpul di sini dalam keadaan sihat walafiat.
Rakan-rakan yang saya hormati,
Setiap orang pasti menginginkan hidup sihat. Bahkan seorang perokok berat pun bila ditanya juga memilih hidup sihat. Kali ini saya akan menyampaikan bahaya merokok bagi kesihatan. Perlu kita ketahui, sebenarnya rasa tidak enak ataupun rasa stress yang dirasakan seorang perokok adalah kesan dari adiksi atau kecanduan. Hanya 8 detik setelah hisapan pertama para perokok akan segera mendapatkan rasa rileks, yang sebenarnya merupakan pemenuhan tuntutan nikotin pada saraf-saraf otaknya. Ketika syaraf-syaraf tersebut menagih nikotin yang selalu dibekalkan melalui kebiasaan merokok, dia akan merasaa tertekan dan tidak dapat memusatkan fikirannya.
Adanya zat aktif pada rokok akan membuat perokok menginginkan rokok untuk kedua kalinya. Zat aktif inilah yang dapat menyebabkan penyakit kanser, serangan jantung, impotensi, serta gangguan kehamilan dan janin.
Selain menyebabkan berbagai penyakit, merokok dapat menjadikan seorang miskin. Wang yang seharusnya digunakan untuk hal–hal yang bermanfaat malah dibazirkan begitu saja. Itu merupakan contoh pembaziran. Sebagai seorang muslim, kita harus menghindari rokok, kerana rokok dapat merugikan kita di dunia dan akhirat. Sebaiknya, wang yang kita miliki digunakan untuk hal-hal yang bermanfaat, misalnya membeli buku, bersedekah, dan sebagainya.
Rakan-rakan yang saya hormati,
Demikianlah ceramah yang boleh saya sampaikan dengan harapan segala kebaikan kita senantiasa dirahmati Allah swt. Dan mudah-mudahan kita selalu dituntun olehNya melakukan perbuatan terpuji dan berakhlak mulia. Amin.
Kurang lebihnya saya mohon maaf.
Wassalamu’alaikum Wr. Wb
*harap korang suka*
Isnin, 3 Mac 2014
Pentingnya Ilmu Pengetahuan
Islam memerintahkan kepada kita untuk mencari ilmu, tidak ada alasan untuk tidak mencari ilmu sebagaimana sabda Rasulullah saw.
Ertinya: Mencari ilmu itu wajib bagi orang islam lelaki dan perempuan.
Dengan ilmu kita boleh menundukkan seluruh makhluk Allah yang ada di muka bumi ini. Dengan ilmu pula kita boleh memimpin dunia, memimpin seluruh makhluk Allah. Kita akan menjadi makhluk terbaik di antara makhluk Allah. Namun jika tidak berilmu, kita akan menjadi bodoh tidak tahu apa-apa di dunia ini pada akhirnya kita menjadi makhluk yang paling rendah, kata Allah "asfala safilin" tentu kita tidak mahu menjadi makhluk yang paling rendah.
Ertinya: Mencari ilmu itu wajib bagi orang islam lelaki dan perempuan.
Dengan ilmu kita boleh menundukkan seluruh makhluk Allah yang ada di muka bumi ini. Dengan ilmu pula kita boleh memimpin dunia, memimpin seluruh makhluk Allah. Kita akan menjadi makhluk terbaik di antara makhluk Allah. Namun jika tidak berilmu, kita akan menjadi bodoh tidak tahu apa-apa di dunia ini pada akhirnya kita menjadi makhluk yang paling rendah, kata Allah "asfala safilin" tentu kita tidak mahu menjadi makhluk yang paling rendah.
" Yarpa 'illahul lazina amanu minkum wallazina utul ilma darajat "
Ertinya: Allah akan mengangkat darjat orang beriman dan yang berilmu dengan beberapa darjat.
Oleh kerana itu marilah kita tetap menuntut ilmu kerana dengan ilmu pengetahuan kita akan mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Sebagai kesimpulan,
Selama hayat masih dikandung badan mari kita selalu menuntut ilmu tanpa mengenal erti lelah kerana ilmu sangat penting dalam kehidupan. Kita tidak boleh menjadi insan kamil (sempurna atau lengkap) tanpa ilmu pengetahuan.
Langgan:
Catatan (Atom)
Cara-Cara Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Gaya hidup yang sihat membawa maksud tahap kecergasan setiap individu bagi melakukan sesuatu aktiviti. Tidak dapat dinafikan bahaw...
-
Islam memerintahkan kepada kita untuk mencari ilmu, tidak ada alasan untuk tidak mencari ilmu sebagaimana sabda Rasulullah saw. Ertinya: M...
-
MENGIKUT catatan sejarah (Rentap – Wikipedia, the free encyclopedia), Rentap atau nama sebenarnya Libau dilahirkan di Skrang di...
-
Allah Maha Pemurah, kepemurahannya itu telah dibuktikan dengan memberikan bumi sebagai tempat tinggal yang ramah dan murah, semua telah...
.jpg)

.jpg)
