Jumaat, 4 Julai 2014

Karangan peribahasa "Seperti Kacang Lupakan Kulit"

          Ali merupakan seorang budak yang rajin bekerja dan berusaha. Ali berkawan baik dengan seorang petani muda yang bernama Mat. Mat ialah anak kepada Pak Abu yang menjaga Ali sejak dari kecil lagi. Ibu bapa Ali sudah lama meninggal dunia setelah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. Jadi, Ali dipelihara oleh Pak Abu kawan baik ayahnya.

          Suatu hari, Ali menceritakan cita-citanya kepada Pak Abu yang dianggapnya sebagai ayah kandung. Ali memberitahu bahawa dia telah diterima menyanyi di syarikat rakaman. Oleh kerana Ali merupakan penyanyi baru, syarikat tersebut tidak mahu mengeluarkan modal untuknya. Dia memerlukan RM100,00 untuk membuat albumnya. Pak Abu yang menganggap Ali sebagai anak kandung bersetuju menjual tanah dan meminjam duit demi mencapai impian Ali.

          Ali berjaya membuat album dan mendapat sambutan ynag baik. Ali kemudian mengambil keputusan berhijrah ke bandar dan bekerja di sebuah syarikat rakaman. Ali menjadi kaya dan terkenal. Ali yang dulunya peramah menjadi sombong dan angkuh dengan kejayaannya.

          Selepas beberapa tahun, Ali berkahwin dengan anak seorang ahli korporat terkenal. Ali juga berjaya membuka syarikat rakamannya sendiri. Pada suatu hari, semasa Ali balik dari membuat persembahan dia terserempak dengan seorang lelaki yang berpakaian lusuh. Lelaki itu mengaku dirinya, kawan baik Ali. Ali yang sombong enggan mengaku lelaki itu sebagai kawannya, walaupun mengenali orang itu. Orang itu ialah Mat anak Pak Abu. Mat berasa kecewa akan perbuatan Ali.

          Beberapa tahun kemudian, Ali ditimpa kemalangan dan menjadi cacat. Perniagaannya juga terpaksa gulung tikar kerana tidak ada seorang artis pun yang sanggup membantu Ali. Isterinya meninggalkan Ali. Suatu hari, Ali terbaca mengenai kejayaan Mat dalam perusahaan menternak ikan di dalam surat khabar. Ali pun pergi menemuinya. Mat berasa sedih melihat keadaan Ali.

          Sungguhpun Ali pernah mengkhianati Mat, Mat tidak berdendam. Ali meminta maaf kepada Mat kerana sikapnya "seperti kacang lupakan kulit."

Rahsia Laut Dalam: Mukjizat Al-Quran

Islam itu agama yang indah dan istimewa.
Pada hari ini, Islamlah satu-satunya agama samawi yang masih terjaga kebenaran dan kesuciannya. Dengan janji Allah swt yang menjamin bahawa kitab suciNya akan terpelihara daripada sebarang penukaran dan gangguan tangan-tangan musuhnya, sewajarnyalah ia menjadi satu mukjizat terbesar yang dikurniakan kepada Nabi kesayangan kita, Muhammad saw.

Kitab suci AlQuran, seumpama satu ensiklopedia terbaik pada masa ini! Menyoroti setiap ayat dan penceritaan yang ada padanya akan membuatkan kita cukup teruja dan taajub dengan keistimewaan yang ada padanya. Walaupun begitu, tidak dinafikan masih ada segolongan manusia yang ingkar pada kebenaran ini. Bukan sekadar tidak menerima, malah membuat tuduhan bahawa AlQuran tidak lain hanya sebuah kitab biasa yang ditulis oleh seorang manusia yang bernama Muhammad saw.

Namun, dengan kecanggihan ilmu sains dan teknologi yang telah dicapai oleh umat manusia pada hari ini ternyata merupakan satu kurniaan besar dari Allah swt buat hambaNya. Berapa banyak kisah yang telah singgah ditelinga kita, mengkhabarkan kisah bagaimana seorang yang beragama Yahudi, Kristian dan yang lainnya tertunduk patuh pada agama Allah swt ini lantaran mengakui kebenaran kalam Allah swt menerusi firmanNya.

Ayat yang ingin dikongsikan pada kali ini, merupakan satu daripada ratusan bukti lain yang terdapat di dalam AlQuran.

Bismillahirrahmaanirrahim..

Firman Allah swt yang bermaksud : (Atau seperti gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang diatasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan, gelap gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah maka tidaklah dia mempunyai cahaya sedikit pun) An Nur:40


Di dalam ayat ini, Allah swt sebenarnya menerangkan mengenai perihal orang-orang Kafir dengan amalan-amalan mereka yang ternyata menjadi sia-sia kelak, dengan mendatangkan sebuah analogi. Tetapi, dalam masa yang sama Allah swt juga telah mengungkapkan satu rahsia yang mana benar-benar akan menggetarkan hati mereka yang beriman dengan kekuasaanNya.

Dengan penemuan-penemuan baru di zaman ini, kalam Allah swt tadi terbukti bilamana kajian membenarkan keadaan atau situasi di awal-awal ayat tadi bahawa keadaan lautan bumi kita sama seperti bumi yang berlapis-lapis hingga sampai ke dasarnya. Kedalaman laut ciptaan Allah swt ini sangat mengagumkan kita, kerana sampai ke satu lapisan tertentu, ianya akan menjadi sangat gelap!

Tetapi Allah meneruskan kalamNya dengan mengkhabarkan kekuasaan Allah swt yang mana, kita tidak akan mampu melihat dalam keadaan tadi melainkan Allah swt telah memberikan cahaya kepada sesiapa atau apa-apa yang dikehendakinya,tepat menerusi ayat yang berikutnya. Maka, secara tidak lansung ayat ini membawa makna, adanya makhluk-makhluk tertentu yang diberikan keistimewaan itu!

Para penyelam antarabangsa hari ini, telah menemui banyak spesis hidupan akuatik di dasar lautan dalam.Subhanallah! Benarlah kata-kata Allah swt.. Apa yang lebih ajaibnya lagi, kebanyakan hidupan ini mampu mengeluarkan cahaya tersendiri yang sangat menakjubkan kita!!
'Bioluminescence' ialah nama saintifik bagi organisma ataupun hidupan yang menghasilkan cahaya di laut dalam






Sea devil bukan sekadar satu watak rekaan dalam filem animasi 'Finding Nemo', tetapi ia benar-benar wujud dan hanya dijumpai di laut dalam

h


Kalaulah benar apa yang mereka dakwa bahawa Al Quran itu sebuah kitab yang ditulis oleh manusia biasa yang hidup puluhan tahun yang lampau, adalah mustahil baginya untuk melakukan perkara ini! Ini kerana Al Quran telah diturunkan semenjak 1400 lebih tahun yang lalu, sedangkan penemuan-penemuan ini hanya dijumpai pada abad ke-20. Tidak lain dan tidak bukan, tentulah DIA yang mencipta keajaiban ini yang menaqalkan fakta tersebut di dalam AlQuran.

Dan sungguh, Islam itu bukan agama rekaan manusia!

** Subhanallah..Allahuakbar.. ALLAHU RABBI..~

Ahad, 18 Mei 2014

Sejarah Bukit Sadok dan Panglima Rentap

          MENGIKUT catatan sejarah (Rentap – Wikipedia, the free encyclopedia), Rentap atau nama sebenarnya Libau dilahirkan di Skrang di bahagian kedua negeri Sarawak.

          Beliau adalah salah seorang pahlawan kepada Orang Kaya Pemancha Dana ‘Bayang’ yang sering mengetuai serangan ‘ngayau’ di kawasan selatan Sarawak hingga ke kawasan muara Sungai Kapuas.

          Apabila Orang Kaya Pemancha Dana, sudah terlalu tua, maka Rentap mengambil alih mengetuai beberapa serangan di kawasan Lautan Sambas dan Pontianak, Indonesia. Atas keberanian dan kepahlawanan beliau maka Rentap menjadi terkenal sebagai seorang pahlawan handal dan juga menentang pemerintahan Rajah James Brooke.

          Menurut buku yang ditulis oleh Kapten Henry Keppel (4) pada 4 Jun 1843, Rajah Brooke dan Keppel mengatur satu ekspedisi untuk menyerang kaum Dayak yang diketuai oleh Orang Kaya Pemancha Dana yang dikatakan sering membuat huru-hara di Sungai Saribas.

          Pada 11 Jun 1843 askar Rajah Brooke membakar rumah panjang Orang Kaya Pemancha Dana di Nanga Padeh, Saribas. Pada 14 Jun 1843, askar Rajah Brooke, menyerang sebuah lagi rumah panjang Linggi ‘Mali Lebu’ di Kerangan Pinggai, Paku.

INDAH DAN DAMAI: Pemandangan alam semula jadi yang dirakamkan dari puncak Bukit Sadok.

          Seterusnya pada 17 Jun 1843, mereka menyerang rumah panjang Rekaya Antau ‘Linggang Neneri’ dan Rekaya Gun ‘Mangku Bumi’ di Sungai Tawai, Rimbas.

          Rajah Brooke telah mengarahkan Orang Kaya Pemancha Dana, Linggi dan seorang lagi pengikut Linggi untuk menyerahkan Rentap supaya membuat perjanjian perdamaian dan tidak menjalankan aktiviti ngayau lagi. Namun Rentap enggan berbuat demikian.

          Pada 19 Ogos 1844, askar Rajah Brooke yang diketuai oleh Datuk Patinggi Ali menyerang tempat kediaman Rentap di Kerangan Peris Skrang, namun serangan ini berjaya dipatahkan oleh Rentap.

          Rajah Brooke kemudian mendirikan kubu (Fort Of James) di Nanga Sungai Skrang bagi menyekat pergerakan Rentap melalui kawasan ini. Rentap dan pengikutnya menyerang Fort Of James pada tahun 1853.

          Bulan Disember 1853, Rajah Brooke pergi ke hulu Sungai Skrang untuk mengadakan rundingan perdamaian namun ditolak oleh Rentap.



BERSEJARAH: Batu tapak meriam ‘Bujang Timpang Berang’ yang digunakan oleh Rentap dan pengikutnya untuk menumpaskan askar Tuan Muda Charles Brooke di Bukit Sadok pada 1857.

          Pada tahun 1854, Rajah Brooke menghantar seramai 7,000 askar dari Kuching yang terdiri daripada orang Dayak dan Melayu untuk menyerang Rentap di Sungai Lang, Skrang. Rentap dan pengikutnya berusaha mempertahankan kubu mereka daripada diserang.

          Beliau terkenal dengan kata-kata semangat “Agi Berdarah Agi Ngelaban”, “Agi Idup, Agi Ngelaban” (“Masih Berdarah, Masih Melawan”, “Masih Hidup Masih Melawan”). Namun serangan yang begitu hebat akhirnya memaksa Rentap dan pengikutnya mengundurkan diri ke Bukit Sadok.

          Rentap dan pengikutnya kemudian memperkuatkan kedudukan mereka di Bukit Sadok dengan mengumpul pengikut yang setia kepada beliau di sepanjang Sungai Skrang dan hulu Sungai Saribas.

          Rentap yang juga diberi gelaran sebagai ‘Raja Bukit’ kemudian membina kubu di kawasan curam Bukit Sadok yang ketinggiannya 2,725 kaki (830 meter) dan sukar untuk didaki oleh pihak musuh.

Pada 15 Jun 1857, Tuan Muda Charles Brooke mengadakan ekspedisi pertama bersama askarnya iaitu 3,500 Dayak dan 500 Melayu untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.

          Rentap dan pengikutnya bertindak balas dengan menggunakan sebuah meriam (1515) ‘Bujang Timpang Berang’ yang mereka perolehi selepas membunuh penjaga kubu di Lintang Batang, Alan Lee, pada tahun 1853. Rentap dan pengikutnya akhirnya berjaya menumpaskan askar Tuan Muda Charles.

          Pada tahun 1858, Tuan Muda Charles mengadakan ekspedisi kedua dengan membawa  rombongan yang lebih besar untuk menangkap Rentap di Bukit Sadok. Mereka menyerang dan membakar rumah panjang di kawasan Sungai Saribas yang menyebelahi Rentap. Di samping itu,  askar Tuan Muda Charles juga membakar rumah panjang pengikut Rentap di kawasan hulu Julau.

          Sekembali dari kawasan Julau, rombongan askar Tuan Muda Charles menuju ke Bukit Sadok untuk menyerang Rentap. Namun serangan askar Tuan Muda Charles ini juga berjaya dipatahkan Rentap dan pengikutnya. Ramai askar Tuan Muda Charles yang melarikan diri. Kemenangan ini menyebabkan Rentap semakin terkenal dan semakin digeruni oleh pihak musuh ketika itu.

Pada 16 Oktober 1861, Tuan Muda Charles mengadakan ekspedisi ketiga untuk menyerang Rentap di Bukit Sadok.  Pada ekspedisi kali ini, sebanyak 12 meriam telah dibawa termasuk sebuah meriam yang digelar ‘Bujang Sadok’ yang kini masih disimpan di Muzium Negeri  Sarawak.

          Tuan Muda Charles menawarkan ‘Tajau Rusa’ kepada Nanang dan Luyoh iaitu anak kepada Orang Kaya Pemancha Dana yang merupakan pengikut Rentap supaya mengadakan rundingan dengannya. Rundingan ini telah dibuat tanpa pengetahuan Rentap.

          Nanang dan Luyoh berjanji setia kepada pemerintahan Rajah Brooke. Ini menyebabkan Rentap marah dan memusnahkan kubu yang dibina oleh Nanang dan Luyoh di kaki Bukit Sadok.

          Pada 28 Oktober 1861, meriam ‘Bujang Sadok’ melepaskan 17 das tembakan dan merosakkan sebahagian daripada kubu Rentap. Rentap pula membalas tembakan dengan menggunakan meriam ‘Bujang Timpang Berang’ (kini disimpan di Pejabat Daerah Betong). Namun penembak meriam Rentap telah terkena tembakan menyebabkan darahnya terkena belerang dan akhirnya meriam ini tidak berfungsi lagi.

          Apabila Rentap menyedari keadaan ini, beliau mengarahkan pengikutnya berundur dan mempertahankan kubu di kawasan dinding batu berdekatan dengan kubu.

          Kubu Rentap telah dibakar namun beliau tetap tidak mahu menyerahkan diri dan berundur ke hulu Sungai Skrang di kawasan Bukit Lanjak Entimau, Lemanak dan Engkari.

          Selepas itu Rentap berpindah ke Ulu Entabai, di kawasan Kanowit dan Julau.
Di sini, beliau mendirikan kubu di Bukit Stulak. Beberapa tahun kemudian beliau berpindah ke Karangan Panggil di Ulu Wak dan meninggal dunia pada 1870.

          ‘Lumbung’ (kubur) Rentap masih terdapat di Bukit Sibau di kawasan Sungai Hulu Budu/Kabo Saratok dan Sungai Wak Julau.

          Kepahlawanan Rentap semasa melawan pemerintahan Rajah Brooke telah menjadi inspirasi kepada pejuang Dayak semasa zaman darurat Komunis. Ini termasuk Kanang Anak Langkau, Awang Anak Raweng dan ramai lagi.

          Di Malaysia amnya dan di Sarawak khususnya, Rentap dicatat dalam sejarah sebagai perwira negara. Justeru itu kawasan kubu Rentap di Bukit Sadok perlu dipulihara dan dijaga oleh kerajaan untuk memastikan ianya terus menjadi legenda kubu kepahlawan Rentap di Bukit Sadok pada 160 tahun yang lepas.

          Di samping itu, penemuan bunga Rafflesia di kawasan Bukit Sadok baru-baru ini merupakan satu anugerah alam yang amat bernilai. Ini mengundang kepada keperluan untuk menjaga kawasan tersebut daripada dimusnahkan oleh aktiviti manusia.


*Ha! Tok utk xtra information kei takorg... hehe :D*

Jumaat, 16 Mei 2014

Thank You Teachers..

Ri tok, mek nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru or pensyarah... ^_^ Terima kasih sebab dah ajar mek an kawan2 mek sampey berjaya.... Love u all teachers... ^_^

Ahad, 11 Mei 2014

Ibuku

Ibu,
Setiap deras degupan jantungku,
Engkau mampu merasanya,
Ketika aku,
Sedih,
Gembira,
Gelisah,
Naluri ibumu,
Bagaikan sebati dalam diriku.

Ketika aku sedih,
Kaulah ubat kepada duka laraku,
Menceriakan dan menghakis,
Perasaan yang melunturkan,
Semangatku.


Ibu,
Engkau melindungiku,
Engkau meyayangiku,
Sepenuh hatimu,
Luka dan calar di tubuhku,
Engkau ubati,
Dengan kasih sayangmu.

Ketika aku gembira,
Engkau juga turut berkongsi,
Kegembiraan yang menyinari saat,
Aku hidup di muka bumi ini,
Sebagai manusia.

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku,
Engkau masih bersamaku,
Menolong menyelesaikan,
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan,
Perjalanan hidupku.

Ibu,
Jasamu luas bagaikan lautan,
Kasih sayangmu begitu agung,
Meniti setiap suka dan duka,
Tidak dapat ku balas.

Ibu,
Engkau bagaikan pasir di pantai,
Yang sukar untuk dihitung,
begitulah pengorbananmu,
Yang ku reguk setaip kali,
Aku melihat alam.

Ibu,
Selagi hayat dikandung badan,
Aku akan sentiasa mendampingimu,
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua.


Ibu,
aku bersyukur kepada Allah SWT,
Kerana dikurniakan,
Seorang ibu kepadaku.

Ibu,
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu,
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya,
Namun, terimalah keikhklasanku,
Untuk menyayangi,
Insan yang mulia ini.


*Hope korang suka ;) Korang boleh ambil untuk bonda/ibu/ummi/mummy... 

Khamis, 27 Mac 2014

Quick Facts


  • Pesticides can cause pollution and kill other organisms. Steps must be taken to manage development and at the same time to maintain the balance in nature.
  • The unit Kelvin is named after a Scottish physicist, William Thomson, the first lord Kelvin (1824-1907)
  • Cubit is the distance from the elbow to the end of the middle finger.
  • The largest cell produced by a living thing is the ostrich egg.
  • The human body consists of about 50 000 million cells.
  • The vacoules in the plant cells bigger than the vacoules in the animal cells because the plant cells contain cell sap that take in water to keep the cell firm.
  • Millions of bacteria live hamlessly in the gut or skin of humans and other animals.
  • Cigarette smoke contains more than 4 000 chemicals.
  • The main pollutants in cigarette are nicotine, tar and carbon monoxide.
  • A typical wind generator is capable of generating up to 60 kW of electrical power.
  • Dogs can hear sound from a Galton whistle, which cannot be heard by human beings.
  • Pitcher plants are adapted to grow in soils that are poor in nitrogen compounds. They trap insects and digest them to obtain the nitrogen-containing substances.

Rabu, 5 Mac 2014

Fatimah al-Zahra

Saidatina Fatimah al-Zahrah (RA) (disebut Fatimah az-Zahra) ialah puteri bongsu yang mulia Rasulullah SAW, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim.
Siti Fatimah al-Zahra dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadil Akhir iaitu tahun kelima sebelum Nabi SAW menjadi Rasul. Ketika itu kaum Quraisy sedang memperbaiki dan membangun kembali Kaabah disebabkan banyak kerosakan pada bangunan tersebut.
Siti Fatimah puteri kesayangan Nabi Muhammad mendapat gelaran al-Sidiqah (wanita terpercaya), al-Thahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang diBerkati Allah) dan gelaran yang paling sering disebutkan, Fatimah al-Zahrah (bunga yang mekar semerbak).
Beliau juga digelari al-Batul, iaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlaq, adab, hasab dan nasab.
Fatimah lebih muda daripada Zainab, isteri Abil Ash bin Rabi' dan Ruqayyah, isteri Uthman bin Affan. Juga, beliau lebih muda daripada Ummu Kalsum.
Siti Fatimah al-Zahrah menyaksikan sendiri betapa halangan dan rintangan yang telah dihadapi ayahandanya dalam memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi sedang sujud, menyembah Allah SWT; dengan tangisan kesedihannya Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi daripada kotoran yang ditaburkan oleh kaum Quraisy.
Rasulullah pernah berkata, "Fatimah sebahagian daripada ku, dan barang siapa yang menimbulkan kemarahannya juga menimbulkan kemarahanku."
Rasulullah pernah bercerita tentang kearifan yang dicapai oleh Fatimah kepada Salman Al-Farisi. Baginda bersabda, "Wahai Salman, ketahuilah bahawa Allah SWT telah memenuhi kalbu dan seluruh jiwa raga puteriku dengan keimanan." Al-Hassan menuturkan: "Ibuku adalah dia yang memenuhi malamnya dengan doa dan munajat hanya kerana umat Muhammad."
Sebagai pendamping hidup Imam Ali RA, Fatimah juga tampil sebagai isteri yang ideal dan suri rumah yang penuh bertanggungjawab. Bahkan beliau turut menggerakkan beberapa protes sosial terhadap status quo yang merampas kekhalifahan Saidina Ali dan pencerobohan ke atas tanahnya.
Demikian besar peribadi Fatimah sehingga insan sehebat Saidina Ali berasa tenang dan damai di sisinya. "Demi Tuhan, hingga akhir hayatnya, tidak pernah aku merasa kecil hati dengan perilakunya atau memaksanya. Begitu juga tidak pernah dia merasa marah terhadapku atau tidak mentaatiku. Saat aku melihat Fatimah," kata Imam Ali, "hilanglah duka dari seluruh jiwaku."

Selasa, 4 Mac 2014

Hujan: Rahmat atau Laknat


Allah Maha Pemurah, kepemurahannya itu telah dibuktikan dengan memberikan bumi sebagai tempat tinggal yang ramah dan murah, semua telah disiapkan semua disediakan telah siap pakai, tinggal manusia yang mau mengolah atau tidaknya. Sebagai khalifah tugas utamanya ada dua,

1. memakmurkan bumi
2. Merawat alam semesta

Memakmurkan bumi menjadi tugas kolektif, kerana bumi ini ditempati secara bersama-sama, keterlibatan sangat diharapkan berjalan secara sinergis, bagi ahli ilmu alam memberikan pengertian kepada yang awam tentang ilmu alam, sedangkan yang awam sedar dan mahu mentaati terhadap kepada ahlinya. Pemerintah dengan segenap kebijakannya juga harus memperhatikan kemakmuran terhadap bumi beserta isinya agar bumi ini menjadi lestari dan mampu menjadi tempat yang ramah hingga anak cucuk kita

Merawat alam adalah tugas kedua yang berkaitan dengan alam, tugas ini dengan berbagai bentuknya diharapkan dapat menjadikan alam tetap terjaga dan aman dari tangan jahat yang tidak bertanggungjawab. Saling mengingatkan dan menasihati akan pentingnya menyelamatkan bumi dengan cara menjaga pepohon, membuat resapan dan membuat segala bentuk kegiatan yang mengarah kepada pemanfaatan alam yang ramah dan tidak merosak ekosistem yang sudah mapan seperti yang diciptakan oleh Allah swt.

kita semua tentu sedar, bahawa alam raya dengan segala pesona yang melekat di dalamnya adalah tanda kekuasaan Allah bagi orang orang yang mau memikirkannya, termasuk diciptakannya angin dan hujan. Seluruh makhluknya adalah ciptaannya, termasuk angin adalah ciptaannya, arah bertiupnya sesuai dengan perintah Allah, pergerakan angin membawa berita gembira atas rahmat yang dibawanya, dengan angin yang bertiup udara menjadi segar, virus hilang dan berganti dengan rahmat dan segala nikmat. Angin juga bisa menggiring gumpalan awan untuk bergerak ke suatu tempat kemudian mendatangkan hujan, airnya menumbuhkan berbagai macam pohon dan sayuran untuk kepentingan makhluk di bumi ini dalam Surat Ar-Ruum: 46

وَمِنْ ءَايَاتِهِ أَنْ يُرْسِلَ الرِّيَاحَ مُبَشِّرَاتٍ وَلِيُذِيقَكُمْ مِنْ رَحْمَتِهِ وَلِتَجْرِيَ الْفُلْكُ بِأَمْرِهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Dan di antara tanda-tanda kekuasan-Nya adalah bahwa Dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira dan untuk merasakan kepadamu sebagian dari rahmat-Nya dan supaya kapal dapat berlayar dengan perintah-Nya dan (juga) supaya kamu dapat mencari karunia-Nya. Mudah-mudahan kamu bersyukur”
dalam ayat yang lain

Penggalan Surat al Baqarah ayat 164

وَمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ مَاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ 
الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

“..dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) -nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (QS. al Baqarah: 164).

Namun tidak semua angin atau hujan menjadi rahmat, terkadang juga menjadi adzab yang menjadi sebab kematian dan kehancuran manusia, tidak setabilnya kehidupan dibumi ini, seperti kisahnya kaum 'Aad (kaumnya Nabi Hud)

وَفِي عَادٍ إِذْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الرِّيحَ الْعَقِيمَ. مَا تَذَرُ مِنْ شَيْءٍ أَتَتْ عَلَيْهِ إِلَّا جَعَلَتْهُ كَالرَّمِيمِ

“Dan juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan. Angin itu tidak membiarkan satu pun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti serbuk” (QS adz Dzariyat:41-42)

Begitu juga hujan, hujan terkadang menjadi azab bagi penghuni bumi, seperti banjir bandang yang dikirmkan untuk menghancurkan umatnya Nabi nuh as yang durhaka. Jadi, ada banyak ragam tafsir seiring dengan datangnya bencana yang melanda bumi ini. Boleh jadi banjir bagi sebahagian orang manfaat, seperti tukang service mengalami peningkatan pelanggan, mesin air makin dibur, dan segala keperluan lainnya. Di satu sisi madharat tapi di sisi yang lain manfaat bagi orang lain.tidak salah lagi apa yang dikatakan oleh Jalaluddin Ar-Rumi

Ular bagi ular adalah kehidupan
Namun ular ini bagi manusia adalah kematian
Kerana itu tiada keburukan mutlak di alam semesta
Ketahuilah keburukan nisbilah yang ada di alam semesta

Banjir bermanfaat untuk sebahagian kecil orang tetapi bagi sebahagian besar bagi mereka adalah bencana, begitu juga fenomena alam lainnya. jadi semua masih menjadi tanda tanya besar apakah banjir yang ada saat ini menjadi rahmat atau laknat bagi penduduk bumi itu sendiri.

Masalah Remaja

Penagihan Dadah

Dadah boleh digunakan sebagai ubat ataupun sebagai senjata. Biarpun dadah mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perubatan yang membawa kebaikan kepada kita tetapi ia juga membawa keburukan kepada kita apabila ia disalahgunakan. Mengikut kajian yang dijalankan, remaja yang terlibat dalam penagihan mencatat peningkatan yang mendadak.

Sebab-sebab
  1. Tidak mendapat kasih sayang daripada keluarga
    Remaja-remaja yang tidak mendapat prihatin daripada keluarga mereka sentiasa diabai. Untuk mengatasi rasa kesedihan yang dihadapi, mereka mengambil dadah yang membolehkan mereka bakal dan menjadi penagih dadah selepas memakainya.
  2. Pengaruh kawan
    Sesetengah daripada mereka menagih dadh kerana mereka dipengaruhi oleh ajakan kawan mereka untuk mengambil dadah. Jika mereka menolak ajakan kawan mereka untuk menagih dadah maka mereka akan kehilangan kawan baik. Akhirnya,mereka terjebak ke dalam kancah dadah yang menghancurkan masa depan seseorang.
  3. Rasa ingin mencuba
    Remaja pada peringkat ini adalah penuh dengan rasa ingin tahu dan mencuba. Apabila mereka mendapat dadah, mereka ingin tahu apakah kesan selepas menggunakannya. Tetapi, mereka tidak menyedari bahawa mereka telah terjatuh ke dalam perangkap pengedar dadah yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri sahaja.
  4. Kesenangan untuk mendapat dadah
    Dalam hal berkaitan dengan kesenangan dalam mendapat bekalan dadah, pihak penguatkuasa undang-undang perlu mengambil tanggungajawab terhadap perkara perkara ini. Disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang lemah, remaja mudah mendapat dadah di pasaran dengan mudah secara haram.
Kesan-kesan
  1. Masalah kesihatan
    Remaja yang menagih dadah selepas suatu janka masa yang panjang akan menghadapi masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi,penyakit mental, kanser dan sebagainya. Hal ini disebabkan dadah mengandungi kandungan ubat yang beracun. Mengikut kajian yang dijalankan, sesetengah pil ecstacy yang dijual mengandungi ubat tikus yang beracun serta serpihan kaca. Serpihan kaca yang dibubuh ke dalam dadah adalah untuk mempercepatkan kesan ubat tersebut ke atas penagih.
  2. Peningkatan kes jenayah
    Demi mendapat wang bagi melegakan rasa gian penagih dadah, mereka terpaksa mencuri, merompak ataupun melakukan apa-apa jenayah yang membolehkan mereka untuk mendapat wang. Oleh itu, kita sering mendapat berita tentang kes pecah rumah, meragut, merompak dalam surat khabar.
  3. Pembangunan dan keamanan negara tergugat
    Apabila penagih dadah dalam negara kita meningkat, pembangunan negara tergugat kerana keasyikan mereka untuk mengkhayalkan diri menyebabkan mereka hilang minat dalam pelajaran dan keiginan untuk bekerja. Remaja yang tidak belajar dan bekerja akan mengurangkan pengeluaran negara biarpun dari segi kewangan ataupun tenaga kerja.

Langkah-langkah
  1. Mengetatkan undang-undang
    Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menghapuskan gejala ini terutamanya di kalangan remaja. Undang-undang yang berkaitan dengan dadah harus diperketatkan lagi agar pengedar dan penagih dadah akan bertaubat. Dengan adanya undang-undang yang baik tetapi pelaksanaan yang lemah tidak akan membantu kita dalam menghapuskan ini.Oleh itu, pihak polis harus sentiasa mengadakan pemeriksaan yang ketat di kastam-kastam untuk menghalang pengedar dadah yang berniat menyeludup dadah ke dalam negara kita.
  2. Kempen dan ceramah diadakan
    Kempen tentang bahaya dadah boleh dilancarkan oleh mana-mana pihak untuk menyedarkan remaja kita tentang kebahayaan dadah. Polis juga patut dijemput untuk memberi ceramah tentang jenayah yang berkaitan tentang. Pada masa yang sama,polis boleh memberi amaran keras terhadap sesiapa yang berniat untuk mengedar ataupun menagih dadah.
  3. Kasih sayang Ibubapa
    Ibubapa harus sentiasa memberi perhatian kepada apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka supaya mereka tidak bergaul dengan kawan yang tidak baik dan seterusnya terjebak ke dalam amalan penagihan dadah.
  4. Pegangan agama yang kuat
    Remaja yang beriman dan mempunyai pegangan agama yang kuat tidak udah terpengaruh dan dihasut untuk mencuba dadah. Hal ini disebabkan, mereka adalah kuat dan teguh dari segi mental serta mereka tidak akan membuat apa-apa perkara yang berada di sisi undang-undang.

Ceramah: Ibu


 Assalamualaikum warahmatulahi WB,

 Rakan-rakanku yang tersayang,

"Ibu" dalam bahasa Al Quran dinamakan dengan Umm. Dari akar kata yang sama dibentuk kata imam (pemimpin) dan ummat. Kesemuanya bermuara pada makna "yang dituju" atau "yang diteladani" dalam erti pandangan harus tertuju pada umat, pemimpin, dan ibu untuk diteladani. Umm atau "Ibu" melalui perhatiannya kepada anak serta keteladanannya, serta perhatiannya kepadanya, dapat mewujudkan pemimpin-pemimpin dan bahkan dapat membina umat. Sebaliknya, jika yang melahirkan seorang anak tidak berfungsi sebagai Umm, maka umat akan hancur dan pemimpin (imam) yang wajar untuk diteladani  pun tidak akan lahir.

            Agaknya, ketika Al-Quran meletakkan kewajiban berbuat baik kepada ibu bapa-khususnya kepada ibu-pada urutan kedua setelah kewajiban taat kepada Allah, bukan hanya disebabkan ibu memikul beban yang berat dalam mengandung, melahirkan dan menyusui anak. Tetapi juga kerana ibu dibebani tugas mewujudkan pemimpin-pemimpin umat.

            Fungsi dan peranan inilah yang menjadikan sebagai Umm atau ibu. Dan demi suksesnya fungsi tersebut, Tuhan menganugerahkan kepada kaum ibu struktur biologi dan cirri psikologi yang berbeza dengan kaum bapa. Peranan ibu sebagai pendidik generasi bukanlah sesuatu yang mudah. Peranan itu tidak boleh diremehkan atau diketepikan.

                   Walaupun kita tidak sepenuhnya sependapat dengan ulama besar kenamaan, Ibnu Hazm (384-456 H), tidak ada salahnya untuk mengutip pendapatnya: "Baik dan terpuji apabila seorang ibu atau isteri melayani suaminya, membersihkan dan mengatur rumah tempat tinggalnya, tetapi itu bukan merupakan kewajipan .Makanan dan pakaian yang telah siap d
itu untuknya justeru kewajiban bapa untuk menyediakannya.

Semoga ceramah ini boleh bermanfaat kepada semua pembaca,
wassalamualaikum wwb,
;)

Ceramah: Bahaya Merokok


Assalamualaikum Wr. Wb

Yang saya hormati rakan-rakan yang saya sayangi.

Pertama marilah kita panjatkan puji syukur ke hadirat Allah swt kerana dengan segala nikmatnya kita dapat berkumpul di sini dalam keadaan sihat walafiat.

Rakan-rakan yang saya hormati,

Setiap orang pasti menginginkan hidup sihat. Bahkan seorang perokok berat pun bila ditanya juga memilih hidup sihat. Kali ini saya akan menyampaikan bahaya merokok bagi kesihatan. Perlu kita ketahui, sebenarnya rasa tidak enak ataupun rasa stress yang dirasakan seorang perokok adalah kesan dari adiksi atau kecanduan. Hanya 8 detik setelah hisapan pertama para perokok akan segera mendapatkan rasa rileks, yang sebenarnya merupakan pemenuhan tuntutan nikotin pada saraf-saraf otaknya. Ketika syaraf-syaraf tersebut menagih nikotin yang selalu dibekalkan melalui kebiasaan merokok, dia akan merasaa tertekan dan tidak dapat memusatkan fikirannya.

Adanya zat aktif pada rokok akan membuat perokok menginginkan rokok untuk kedua kalinya. Zat aktif inilah yang dapat menyebabkan penyakit kanser, serangan jantung, impotensi, serta gangguan kehamilan dan janin.

Selain menyebabkan berbagai penyakit, merokok dapat menjadikan seorang miskin. Wang yang seharusnya digunakan untuk hal–hal yang bermanfaat malah dibazirkan begitu saja. Itu merupakan contoh pembaziran. Sebagai seorang muslim, kita harus menghindari rokok, kerana rokok dapat merugikan kita di dunia dan akhirat. Sebaiknya, wang yang kita miliki digunakan untuk hal-hal yang bermanfaat, misalnya membeli buku, bersedekah, dan sebagainya.

Rakan-rakan yang saya hormati,
Demikianlah ceramah yang boleh saya sampaikan dengan harapan segala kebaikan kita senantiasa dirahmati Allah swt. Dan mudah-mudahan kita selalu dituntun olehNya melakukan perbuatan terpuji dan berakhlak mulia. Amin.

Kurang lebihnya saya mohon maaf.

Wassalamu’alaikum Wr. Wb

*harap korang suka*

Cara-Cara Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

          Gaya hidup yang sihat membawa maksud tahap kecergasan setiap individu bagi melakukan sesuatu aktiviti. Tidak dapat dinafikan bahaw...