Ahad, 21 Mei 2017

Cara-Cara Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

          Gaya hidup yang sihat membawa maksud tahap kecergasan setiap individu bagi melakukan sesuatu aktiviti. Tidak dapat dinafikan bahawa individu pada hari ini kurang mengamalkannya dengan alasan mereka terlalu sibuk sehingga mengabaikannya. Bersukan, bersantai dan berjoging merupakan contoh amalan gaya hidup sihat. Persoalannya, bagaimanakah cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat?

          Antara cara mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Seseorang individu mestilah makan makanan yang seimbang seperti yang terdapat dalam piramid makanan. Makanan yang seimbang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh badan. Seseorang individu tersebut mestilah menjauhi makanan berkolestrol tinggi, berlemak dan makanan ringan. Jelaslaah bahawa mengamalkan pemakanan yang sihat dapat mengelakkan penyakit kronik, badan menjadi sihat dan cergas dan minda cerdas.

           Selain itu, gaya hidup yang sihat juga dapat diamalkan dengan melakukan aktiviti riadah dan istirahat. Setiap individu perlulah sentiasa mrngambil berat amtara satu sama lain terutamanya dalam kalangan ahli keluarga. Setiap ahli keluarga mempunyai peranan penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Contoh perkara yang dapat dilakukan ialah bersukan, bersantai dan melancong. Tegaslah bahawa dengan melakukan senaman tiga kali seminggu, badan akan menjadi cergas.

          Di samping itu, setiap individu juga perlulah mengelakkan diri dari ancaman gejala negatif. Terpesong ke arah gejala negatif dapat menjejaskan kesihatan badan seseorang individdu itu. Contoh gejala negatif yang perlu dielakkan ialah merokok, minum minuman keras dan menagih dadah. Jelaslah bahawa amalan gejala negatif dapat menjejaskan kesihatan diri seseorang individu tersebut.

          Kesimpulannya, dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat daat menjadikan badan cergas dan sihat, minda cerdas serta dapat mengelakkan diri daripada gejala negatif.

Jumaat, 4 Julai 2014

Karangan peribahasa "Seperti Kacang Lupakan Kulit"

          Ali merupakan seorang budak yang rajin bekerja dan berusaha. Ali berkawan baik dengan seorang petani muda yang bernama Mat. Mat ialah anak kepada Pak Abu yang menjaga Ali sejak dari kecil lagi. Ibu bapa Ali sudah lama meninggal dunia setelah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. Jadi, Ali dipelihara oleh Pak Abu kawan baik ayahnya.

          Suatu hari, Ali menceritakan cita-citanya kepada Pak Abu yang dianggapnya sebagai ayah kandung. Ali memberitahu bahawa dia telah diterima menyanyi di syarikat rakaman. Oleh kerana Ali merupakan penyanyi baru, syarikat tersebut tidak mahu mengeluarkan modal untuknya. Dia memerlukan RM100,00 untuk membuat albumnya. Pak Abu yang menganggap Ali sebagai anak kandung bersetuju menjual tanah dan meminjam duit demi mencapai impian Ali.

          Ali berjaya membuat album dan mendapat sambutan ynag baik. Ali kemudian mengambil keputusan berhijrah ke bandar dan bekerja di sebuah syarikat rakaman. Ali menjadi kaya dan terkenal. Ali yang dulunya peramah menjadi sombong dan angkuh dengan kejayaannya.

          Selepas beberapa tahun, Ali berkahwin dengan anak seorang ahli korporat terkenal. Ali juga berjaya membuka syarikat rakamannya sendiri. Pada suatu hari, semasa Ali balik dari membuat persembahan dia terserempak dengan seorang lelaki yang berpakaian lusuh. Lelaki itu mengaku dirinya, kawan baik Ali. Ali yang sombong enggan mengaku lelaki itu sebagai kawannya, walaupun mengenali orang itu. Orang itu ialah Mat anak Pak Abu. Mat berasa kecewa akan perbuatan Ali.

          Beberapa tahun kemudian, Ali ditimpa kemalangan dan menjadi cacat. Perniagaannya juga terpaksa gulung tikar kerana tidak ada seorang artis pun yang sanggup membantu Ali. Isterinya meninggalkan Ali. Suatu hari, Ali terbaca mengenai kejayaan Mat dalam perusahaan menternak ikan di dalam surat khabar. Ali pun pergi menemuinya. Mat berasa sedih melihat keadaan Ali.

          Sungguhpun Ali pernah mengkhianati Mat, Mat tidak berdendam. Ali meminta maaf kepada Mat kerana sikapnya "seperti kacang lupakan kulit."

Rahsia Laut Dalam: Mukjizat Al-Quran

Islam itu agama yang indah dan istimewa.
Pada hari ini, Islamlah satu-satunya agama samawi yang masih terjaga kebenaran dan kesuciannya. Dengan janji Allah swt yang menjamin bahawa kitab suciNya akan terpelihara daripada sebarang penukaran dan gangguan tangan-tangan musuhnya, sewajarnyalah ia menjadi satu mukjizat terbesar yang dikurniakan kepada Nabi kesayangan kita, Muhammad saw.

Kitab suci AlQuran, seumpama satu ensiklopedia terbaik pada masa ini! Menyoroti setiap ayat dan penceritaan yang ada padanya akan membuatkan kita cukup teruja dan taajub dengan keistimewaan yang ada padanya. Walaupun begitu, tidak dinafikan masih ada segolongan manusia yang ingkar pada kebenaran ini. Bukan sekadar tidak menerima, malah membuat tuduhan bahawa AlQuran tidak lain hanya sebuah kitab biasa yang ditulis oleh seorang manusia yang bernama Muhammad saw.

Namun, dengan kecanggihan ilmu sains dan teknologi yang telah dicapai oleh umat manusia pada hari ini ternyata merupakan satu kurniaan besar dari Allah swt buat hambaNya. Berapa banyak kisah yang telah singgah ditelinga kita, mengkhabarkan kisah bagaimana seorang yang beragama Yahudi, Kristian dan yang lainnya tertunduk patuh pada agama Allah swt ini lantaran mengakui kebenaran kalam Allah swt menerusi firmanNya.

Ayat yang ingin dikongsikan pada kali ini, merupakan satu daripada ratusan bukti lain yang terdapat di dalam AlQuran.

Bismillahirrahmaanirrahim..

Firman Allah swt yang bermaksud : (Atau seperti gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang diatasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan, gelap gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah maka tidaklah dia mempunyai cahaya sedikit pun) An Nur:40


Di dalam ayat ini, Allah swt sebenarnya menerangkan mengenai perihal orang-orang Kafir dengan amalan-amalan mereka yang ternyata menjadi sia-sia kelak, dengan mendatangkan sebuah analogi. Tetapi, dalam masa yang sama Allah swt juga telah mengungkapkan satu rahsia yang mana benar-benar akan menggetarkan hati mereka yang beriman dengan kekuasaanNya.

Dengan penemuan-penemuan baru di zaman ini, kalam Allah swt tadi terbukti bilamana kajian membenarkan keadaan atau situasi di awal-awal ayat tadi bahawa keadaan lautan bumi kita sama seperti bumi yang berlapis-lapis hingga sampai ke dasarnya. Kedalaman laut ciptaan Allah swt ini sangat mengagumkan kita, kerana sampai ke satu lapisan tertentu, ianya akan menjadi sangat gelap!

Tetapi Allah meneruskan kalamNya dengan mengkhabarkan kekuasaan Allah swt yang mana, kita tidak akan mampu melihat dalam keadaan tadi melainkan Allah swt telah memberikan cahaya kepada sesiapa atau apa-apa yang dikehendakinya,tepat menerusi ayat yang berikutnya. Maka, secara tidak lansung ayat ini membawa makna, adanya makhluk-makhluk tertentu yang diberikan keistimewaan itu!

Para penyelam antarabangsa hari ini, telah menemui banyak spesis hidupan akuatik di dasar lautan dalam.Subhanallah! Benarlah kata-kata Allah swt.. Apa yang lebih ajaibnya lagi, kebanyakan hidupan ini mampu mengeluarkan cahaya tersendiri yang sangat menakjubkan kita!!
'Bioluminescence' ialah nama saintifik bagi organisma ataupun hidupan yang menghasilkan cahaya di laut dalam






Sea devil bukan sekadar satu watak rekaan dalam filem animasi 'Finding Nemo', tetapi ia benar-benar wujud dan hanya dijumpai di laut dalam

h


Kalaulah benar apa yang mereka dakwa bahawa Al Quran itu sebuah kitab yang ditulis oleh manusia biasa yang hidup puluhan tahun yang lampau, adalah mustahil baginya untuk melakukan perkara ini! Ini kerana Al Quran telah diturunkan semenjak 1400 lebih tahun yang lalu, sedangkan penemuan-penemuan ini hanya dijumpai pada abad ke-20. Tidak lain dan tidak bukan, tentulah DIA yang mencipta keajaiban ini yang menaqalkan fakta tersebut di dalam AlQuran.

Dan sungguh, Islam itu bukan agama rekaan manusia!

** Subhanallah..Allahuakbar.. ALLAHU RABBI..~

Ahad, 18 Mei 2014

Sejarah Bukit Sadok dan Panglima Rentap

          MENGIKUT catatan sejarah (Rentap – Wikipedia, the free encyclopedia), Rentap atau nama sebenarnya Libau dilahirkan di Skrang di bahagian kedua negeri Sarawak.

          Beliau adalah salah seorang pahlawan kepada Orang Kaya Pemancha Dana ‘Bayang’ yang sering mengetuai serangan ‘ngayau’ di kawasan selatan Sarawak hingga ke kawasan muara Sungai Kapuas.

          Apabila Orang Kaya Pemancha Dana, sudah terlalu tua, maka Rentap mengambil alih mengetuai beberapa serangan di kawasan Lautan Sambas dan Pontianak, Indonesia. Atas keberanian dan kepahlawanan beliau maka Rentap menjadi terkenal sebagai seorang pahlawan handal dan juga menentang pemerintahan Rajah James Brooke.

          Menurut buku yang ditulis oleh Kapten Henry Keppel (4) pada 4 Jun 1843, Rajah Brooke dan Keppel mengatur satu ekspedisi untuk menyerang kaum Dayak yang diketuai oleh Orang Kaya Pemancha Dana yang dikatakan sering membuat huru-hara di Sungai Saribas.

          Pada 11 Jun 1843 askar Rajah Brooke membakar rumah panjang Orang Kaya Pemancha Dana di Nanga Padeh, Saribas. Pada 14 Jun 1843, askar Rajah Brooke, menyerang sebuah lagi rumah panjang Linggi ‘Mali Lebu’ di Kerangan Pinggai, Paku.

INDAH DAN DAMAI: Pemandangan alam semula jadi yang dirakamkan dari puncak Bukit Sadok.

          Seterusnya pada 17 Jun 1843, mereka menyerang rumah panjang Rekaya Antau ‘Linggang Neneri’ dan Rekaya Gun ‘Mangku Bumi’ di Sungai Tawai, Rimbas.

          Rajah Brooke telah mengarahkan Orang Kaya Pemancha Dana, Linggi dan seorang lagi pengikut Linggi untuk menyerahkan Rentap supaya membuat perjanjian perdamaian dan tidak menjalankan aktiviti ngayau lagi. Namun Rentap enggan berbuat demikian.

          Pada 19 Ogos 1844, askar Rajah Brooke yang diketuai oleh Datuk Patinggi Ali menyerang tempat kediaman Rentap di Kerangan Peris Skrang, namun serangan ini berjaya dipatahkan oleh Rentap.

          Rajah Brooke kemudian mendirikan kubu (Fort Of James) di Nanga Sungai Skrang bagi menyekat pergerakan Rentap melalui kawasan ini. Rentap dan pengikutnya menyerang Fort Of James pada tahun 1853.

          Bulan Disember 1853, Rajah Brooke pergi ke hulu Sungai Skrang untuk mengadakan rundingan perdamaian namun ditolak oleh Rentap.



BERSEJARAH: Batu tapak meriam ‘Bujang Timpang Berang’ yang digunakan oleh Rentap dan pengikutnya untuk menumpaskan askar Tuan Muda Charles Brooke di Bukit Sadok pada 1857.

          Pada tahun 1854, Rajah Brooke menghantar seramai 7,000 askar dari Kuching yang terdiri daripada orang Dayak dan Melayu untuk menyerang Rentap di Sungai Lang, Skrang. Rentap dan pengikutnya berusaha mempertahankan kubu mereka daripada diserang.

          Beliau terkenal dengan kata-kata semangat “Agi Berdarah Agi Ngelaban”, “Agi Idup, Agi Ngelaban” (“Masih Berdarah, Masih Melawan”, “Masih Hidup Masih Melawan”). Namun serangan yang begitu hebat akhirnya memaksa Rentap dan pengikutnya mengundurkan diri ke Bukit Sadok.

          Rentap dan pengikutnya kemudian memperkuatkan kedudukan mereka di Bukit Sadok dengan mengumpul pengikut yang setia kepada beliau di sepanjang Sungai Skrang dan hulu Sungai Saribas.

          Rentap yang juga diberi gelaran sebagai ‘Raja Bukit’ kemudian membina kubu di kawasan curam Bukit Sadok yang ketinggiannya 2,725 kaki (830 meter) dan sukar untuk didaki oleh pihak musuh.

Pada 15 Jun 1857, Tuan Muda Charles Brooke mengadakan ekspedisi pertama bersama askarnya iaitu 3,500 Dayak dan 500 Melayu untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.

          Rentap dan pengikutnya bertindak balas dengan menggunakan sebuah meriam (1515) ‘Bujang Timpang Berang’ yang mereka perolehi selepas membunuh penjaga kubu di Lintang Batang, Alan Lee, pada tahun 1853. Rentap dan pengikutnya akhirnya berjaya menumpaskan askar Tuan Muda Charles.

          Pada tahun 1858, Tuan Muda Charles mengadakan ekspedisi kedua dengan membawa  rombongan yang lebih besar untuk menangkap Rentap di Bukit Sadok. Mereka menyerang dan membakar rumah panjang di kawasan Sungai Saribas yang menyebelahi Rentap. Di samping itu,  askar Tuan Muda Charles juga membakar rumah panjang pengikut Rentap di kawasan hulu Julau.

          Sekembali dari kawasan Julau, rombongan askar Tuan Muda Charles menuju ke Bukit Sadok untuk menyerang Rentap. Namun serangan askar Tuan Muda Charles ini juga berjaya dipatahkan Rentap dan pengikutnya. Ramai askar Tuan Muda Charles yang melarikan diri. Kemenangan ini menyebabkan Rentap semakin terkenal dan semakin digeruni oleh pihak musuh ketika itu.

Pada 16 Oktober 1861, Tuan Muda Charles mengadakan ekspedisi ketiga untuk menyerang Rentap di Bukit Sadok.  Pada ekspedisi kali ini, sebanyak 12 meriam telah dibawa termasuk sebuah meriam yang digelar ‘Bujang Sadok’ yang kini masih disimpan di Muzium Negeri  Sarawak.

          Tuan Muda Charles menawarkan ‘Tajau Rusa’ kepada Nanang dan Luyoh iaitu anak kepada Orang Kaya Pemancha Dana yang merupakan pengikut Rentap supaya mengadakan rundingan dengannya. Rundingan ini telah dibuat tanpa pengetahuan Rentap.

          Nanang dan Luyoh berjanji setia kepada pemerintahan Rajah Brooke. Ini menyebabkan Rentap marah dan memusnahkan kubu yang dibina oleh Nanang dan Luyoh di kaki Bukit Sadok.

          Pada 28 Oktober 1861, meriam ‘Bujang Sadok’ melepaskan 17 das tembakan dan merosakkan sebahagian daripada kubu Rentap. Rentap pula membalas tembakan dengan menggunakan meriam ‘Bujang Timpang Berang’ (kini disimpan di Pejabat Daerah Betong). Namun penembak meriam Rentap telah terkena tembakan menyebabkan darahnya terkena belerang dan akhirnya meriam ini tidak berfungsi lagi.

          Apabila Rentap menyedari keadaan ini, beliau mengarahkan pengikutnya berundur dan mempertahankan kubu di kawasan dinding batu berdekatan dengan kubu.

          Kubu Rentap telah dibakar namun beliau tetap tidak mahu menyerahkan diri dan berundur ke hulu Sungai Skrang di kawasan Bukit Lanjak Entimau, Lemanak dan Engkari.

          Selepas itu Rentap berpindah ke Ulu Entabai, di kawasan Kanowit dan Julau.
Di sini, beliau mendirikan kubu di Bukit Stulak. Beberapa tahun kemudian beliau berpindah ke Karangan Panggil di Ulu Wak dan meninggal dunia pada 1870.

          ‘Lumbung’ (kubur) Rentap masih terdapat di Bukit Sibau di kawasan Sungai Hulu Budu/Kabo Saratok dan Sungai Wak Julau.

          Kepahlawanan Rentap semasa melawan pemerintahan Rajah Brooke telah menjadi inspirasi kepada pejuang Dayak semasa zaman darurat Komunis. Ini termasuk Kanang Anak Langkau, Awang Anak Raweng dan ramai lagi.

          Di Malaysia amnya dan di Sarawak khususnya, Rentap dicatat dalam sejarah sebagai perwira negara. Justeru itu kawasan kubu Rentap di Bukit Sadok perlu dipulihara dan dijaga oleh kerajaan untuk memastikan ianya terus menjadi legenda kubu kepahlawan Rentap di Bukit Sadok pada 160 tahun yang lepas.

          Di samping itu, penemuan bunga Rafflesia di kawasan Bukit Sadok baru-baru ini merupakan satu anugerah alam yang amat bernilai. Ini mengundang kepada keperluan untuk menjaga kawasan tersebut daripada dimusnahkan oleh aktiviti manusia.


*Ha! Tok utk xtra information kei takorg... hehe :D*

Jumaat, 16 Mei 2014

Thank You Teachers..

Ri tok, mek nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru or pensyarah... ^_^ Terima kasih sebab dah ajar mek an kawan2 mek sampey berjaya.... Love u all teachers... ^_^

Ahad, 11 Mei 2014

Ibuku

Ibu,
Setiap deras degupan jantungku,
Engkau mampu merasanya,
Ketika aku,
Sedih,
Gembira,
Gelisah,
Naluri ibumu,
Bagaikan sebati dalam diriku.

Ketika aku sedih,
Kaulah ubat kepada duka laraku,
Menceriakan dan menghakis,
Perasaan yang melunturkan,
Semangatku.


Ibu,
Engkau melindungiku,
Engkau meyayangiku,
Sepenuh hatimu,
Luka dan calar di tubuhku,
Engkau ubati,
Dengan kasih sayangmu.

Ketika aku gembira,
Engkau juga turut berkongsi,
Kegembiraan yang menyinari saat,
Aku hidup di muka bumi ini,
Sebagai manusia.

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku,
Engkau masih bersamaku,
Menolong menyelesaikan,
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan,
Perjalanan hidupku.

Ibu,
Jasamu luas bagaikan lautan,
Kasih sayangmu begitu agung,
Meniti setiap suka dan duka,
Tidak dapat ku balas.

Ibu,
Engkau bagaikan pasir di pantai,
Yang sukar untuk dihitung,
begitulah pengorbananmu,
Yang ku reguk setaip kali,
Aku melihat alam.

Ibu,
Selagi hayat dikandung badan,
Aku akan sentiasa mendampingimu,
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua.


Ibu,
aku bersyukur kepada Allah SWT,
Kerana dikurniakan,
Seorang ibu kepadaku.

Ibu,
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu,
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya,
Namun, terimalah keikhklasanku,
Untuk menyayangi,
Insan yang mulia ini.


*Hope korang suka ;) Korang boleh ambil untuk bonda/ibu/ummi/mummy... 

Khamis, 27 Mac 2014

Quick Facts


  • Pesticides can cause pollution and kill other organisms. Steps must be taken to manage development and at the same time to maintain the balance in nature.
  • The unit Kelvin is named after a Scottish physicist, William Thomson, the first lord Kelvin (1824-1907)
  • Cubit is the distance from the elbow to the end of the middle finger.
  • The largest cell produced by a living thing is the ostrich egg.
  • The human body consists of about 50 000 million cells.
  • The vacoules in the plant cells bigger than the vacoules in the animal cells because the plant cells contain cell sap that take in water to keep the cell firm.
  • Millions of bacteria live hamlessly in the gut or skin of humans and other animals.
  • Cigarette smoke contains more than 4 000 chemicals.
  • The main pollutants in cigarette are nicotine, tar and carbon monoxide.
  • A typical wind generator is capable of generating up to 60 kW of electrical power.
  • Dogs can hear sound from a Galton whistle, which cannot be heard by human beings.
  • Pitcher plants are adapted to grow in soils that are poor in nitrogen compounds. They trap insects and digest them to obtain the nitrogen-containing substances.

Cara-Cara Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

          Gaya hidup yang sihat membawa maksud tahap kecergasan setiap individu bagi melakukan sesuatu aktiviti. Tidak dapat dinafikan bahaw...