Isnin, 3 Mac 2014

Pentingnya Ilmu Pengetahuan

Islam memerintahkan kepada kita untuk mencari ilmu, tidak ada alasan untuk tidak mencari ilmu sebagaimana sabda Rasulullah saw.

Ertinya: Mencari ilmu itu wajib bagi orang islam lelaki dan perempuan.

Dengan ilmu kita boleh menundukkan seluruh makhluk Allah yang ada di muka bumi ini. Dengan ilmu pula kita boleh memimpin dunia, memimpin seluruh makhluk Allah. Kita akan menjadi makhluk terbaik di antara makhluk Allah. Namun jika tidak berilmu, kita akan menjadi bodoh tidak tahu apa-apa di dunia ini pada akhirnya kita menjadi makhluk yang paling rendah, kata Allah   "asfala safilin" tentu kita tidak mahu menjadi makhluk yang paling rendah.

"  Yarpa 'illahul lazina amanu minkum wallazina utul ilma darajat "

Ertinya: Allah akan mengangkat darjat orang beriman dan yang berilmu dengan beberapa darjat.

Oleh kerana itu marilah kita tetap menuntut ilmu kerana dengan ilmu pengetahuan kita akan mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sebagai kesimpulan,

Selama hayat masih dikandung badan mari kita selalu menuntut ilmu tanpa mengenal erti lelah kerana ilmu sangat penting dalam kehidupan. Kita tidak boleh menjadi insan kamil (sempurna atau lengkap) tanpa ilmu pengetahuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cara-Cara Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

          Gaya hidup yang sihat membawa maksud tahap kecergasan setiap individu bagi melakukan sesuatu aktiviti. Tidak dapat dinafikan bahaw...