Selasa, 4 Mac 2014

Ceramah: Ibu


 Assalamualaikum warahmatulahi WB,

 Rakan-rakanku yang tersayang,

"Ibu" dalam bahasa Al Quran dinamakan dengan Umm. Dari akar kata yang sama dibentuk kata imam (pemimpin) dan ummat. Kesemuanya bermuara pada makna "yang dituju" atau "yang diteladani" dalam erti pandangan harus tertuju pada umat, pemimpin, dan ibu untuk diteladani. Umm atau "Ibu" melalui perhatiannya kepada anak serta keteladanannya, serta perhatiannya kepadanya, dapat mewujudkan pemimpin-pemimpin dan bahkan dapat membina umat. Sebaliknya, jika yang melahirkan seorang anak tidak berfungsi sebagai Umm, maka umat akan hancur dan pemimpin (imam) yang wajar untuk diteladani  pun tidak akan lahir.

            Agaknya, ketika Al-Quran meletakkan kewajiban berbuat baik kepada ibu bapa-khususnya kepada ibu-pada urutan kedua setelah kewajiban taat kepada Allah, bukan hanya disebabkan ibu memikul beban yang berat dalam mengandung, melahirkan dan menyusui anak. Tetapi juga kerana ibu dibebani tugas mewujudkan pemimpin-pemimpin umat.

            Fungsi dan peranan inilah yang menjadikan sebagai Umm atau ibu. Dan demi suksesnya fungsi tersebut, Tuhan menganugerahkan kepada kaum ibu struktur biologi dan cirri psikologi yang berbeza dengan kaum bapa. Peranan ibu sebagai pendidik generasi bukanlah sesuatu yang mudah. Peranan itu tidak boleh diremehkan atau diketepikan.

                   Walaupun kita tidak sepenuhnya sependapat dengan ulama besar kenamaan, Ibnu Hazm (384-456 H), tidak ada salahnya untuk mengutip pendapatnya: "Baik dan terpuji apabila seorang ibu atau isteri melayani suaminya, membersihkan dan mengatur rumah tempat tinggalnya, tetapi itu bukan merupakan kewajipan .Makanan dan pakaian yang telah siap d
itu untuknya justeru kewajiban bapa untuk menyediakannya.

Semoga ceramah ini boleh bermanfaat kepada semua pembaca,
wassalamualaikum wwb,
;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cara-Cara Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

          Gaya hidup yang sihat membawa maksud tahap kecergasan setiap individu bagi melakukan sesuatu aktiviti. Tidak dapat dinafikan bahaw...